Wednesday, 24 August 2011

Biodata Idola saya...




Profil Zizan Raja Lawak

NAMA PENUH
: Mohd Razizan Abd Razak
PANGGILAN KOMERSIAL: Zizan
TEMPAT LAHIR: Dungun, Terengganu
TARIKH LAHIR:15 April 1984
PENCAPAIAN: Naib Juara Raja Lawak Astro musim pertama, Favourite TV Personality Award di Shout! Awards
FILEM: Hantu Bonceng, KL Gangster dan Baik Giler.




Tuesday, 23 August 2011

Kawan di zaman sekolah rendah...


Ni kwn aq dri drjah 6..dulu masa skolah rendah x lah baik sgat sbb masing2 ada genk..dia seorang yg manis, suke senyum, peramah dan byak lagi lar...ni gmbar masa kmi keluar pegi tgk wayang sama2. Kita org pegi tgk cite KL GANGSTER sbb masing2 minat pelakon dlam cite 2..oh ya lupa plak nk kenalkan dia, nama dia NURUL YUSMALINDA. Aq panggil dia Yus je sbb pnjg sgat nama dia. Dia nih ibarat cm kwn baik jgak la selain my best friend, Fatin. Dia ni seorang yg gler2 jgak le...kalau aq dk ngan dia mesti akn ketawa selalu..ini je la yg dpat aq postkn utk harini...hehe tgn lenguh sdah...


Jozan menyerikan rumah anak yatim..




KEHADIRAN Ramadan kali ini pastinya tidak akan dilupakan oleh 20 orang anak-anak yatim dari Rumah Bakti, Hulu Klang, Selangor apabila mereka diraikan oleh kumpulan Jozan dalam majlis berbuka puasa anjuran pusat membeli-belah The Curve, baru-baru ini.
Keriangan jelas terpancar di wajah anak-anak yatim berkenaan sebaik sahaja kelibat dua anggota kumpulan Jozan iaitu Johan dan Zizan Raja Lawak muncul di hadapan mereka.
Lantas, suasana di Centre Court, The Curve petang itu bertukar menjadi gamat apabila Johan dan Zizan mula menceriakan anak-anak yatim dengan lawak spontan mereka.
Ternyata aura naib juara program realiti televisyen (TV) Maharaja Lawak itu tetap utuh dalam menggeletek hati anak-anak yatim yang diraikan.
Kegembiraan bukan sahaja dirasai oleh anak-anak yatim berkenaan tetapi turut dikongsi oleh Johan dan Zizan.
Menurut, Johan atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Lian Mohd. Aziz, 27, dia merasa amat gembira dan teruja apabila diberi peluang untuk bersama-sama meraikan anak-anak yatim pada hari itu.
Baginya, melihat kegembiraan yang terpancar di wajah anak-anak yatim berkenaan membuatkan dirinya turut disapa rasa berkenaan.
"Apabila tengok mereka tersenyum riang dan gembira, ia membuatkan saya turut merasa gembira dalam meraikan Ramadan ini.
"Lagipun dengan cara ini kita dapat mendekati dan menyerikan hari-hari yang mereka dilalui agar tidak terasa tersisih serta terpinggir.
"Bagi saya, ini adalah pendekatan terbaik untuk kita menunjukkan rasa prihatin terhadap mereka yang kurang bernasib baik supaya mereka ini juga dapat merasai kegembiraan berhari raya," jelas suami kepada aktres Ozlyn itu.
Selain itu, dalam sibuk melayan dan menghiburkan anak-anak yatim berkenaan, Johan sempat meluahkan harapannya untuk melihat mereka berjaya di masa hadapan.
"Saya berharap agar mereka berjaya dalam menempuhi ujian dan dugaan hidup serta berjaya menjadi manusia berguna di masa hadapan.
"Apa pun saya doakan yang terbaik untuk mereka dalam meneruskan perjalanan hidup yang masih pajang," ujar Johan yang akan tampil dalam filem Raya Tak Jadi yang akan ditayangkan pada Aidilfitri nanti.
Sementara itu, bagi aktor kelahiran Terengganu yang menjadi pasangan Johan dalam Jozan, Zizan pula menyatakan rasa berbesar hatinya apabila diundang oleh pihak The Curve untuk bersama meraikan kehadiran anak-anak yatim berkenaan.
Baginya, dia merasa bertuah kerana berpeluang untuk meraikan bulan yang mulia ini bersama dengan anak-anak yatim berkenaan.
"Bertuah rasanya apabila dapat menceriakan mereka agar kehadiran Ramadan dapat dikongsi bersama.
"Dengan cara ini kita dapat buat mereka rasa dihargai dan disayangi sama seperti kanak-kanak lain yang lebih bernasib baik," ujar jejaka yang pernah digosipkan dengan aktres jelita Juliana Evans itu.
Tambahnya, dia merasa bangga apabila dapat membuatkan anak-anak yatim berkenaan tersenyum riang dalam menanti gema azan Maghrib untuk berbuka puasa.
Dalam majlis itu, anak-anak yatim berkenaan bukan sahaja disajikan dengan juadah berbuka puasa oleh Restoran Bubba Gump Shrimp Co. , malah mereka turut diberikan persalinan bagi menyambut Aidilfitri nanti yang ditaja oleh Little Haven dan The Curve.
Selain itu, bagi melengkapkan diri untuk bergaya di pagi Syawal nanti, mereka turut diberikan perkhidmatan menggunting rambut oleh Kwikcut.
Sementara itu, Penolong Pengurus The Curve, Jazmi Kamarudin berkata, majlis berkenaan adalah kesinambungan yang dilakukan oleh The Curve dalam menyambut Ramadan dan ketibaan Syawal.
Jelasnya, acara meraikan anak-anak yatim dilakukan oleh The Curve saban tahun bermula daripada berdirinya kompleks membeli-belah itu pada tahun 2005.
"Setiap tahun di bulan Ramadan kita akan meraikan anak-anak yatim dari rumah-rumah kebajikan yang terpilih.
"Kita mahu mereka juga merasakan nikmat Ramadan dan kemeriahan Aidilfitri sama seperti insan lain dan sebab itu kita jadikan majlis ini sebagai rutin tahunan.
"Kita tidak mahu mereka yang kurang bernasib baik ini merasa terpinggir dan rendah diri apabila tibanya hari lebaran nanti," katanya.
Namun, tambah Jazmi, majlis itu juga adalah sempena pelancaran kempen promosi Hari Raya The Curve.
"Majlis ini kita lancarkan sekali dengan promosi Raya tahun ini yang bertemakan Le Souq iaitu sebuah bazar di negara Timur Tengah di mana bermula 5 Ogos lalu sehingga 4 September depan pelanggan yang berbelanja lebih daripada RM100 akan diberikan hadiah istimewa," ujarnya.
 

Monday, 22 August 2011

Nera-Hatimu Milikku


Pernahkah engkau hargai
cintaku yang sejati
pernahkah engkau mengerti
akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
memberiku sejuta pilu
betapa agungnya asmaramu
membuatku terpaku

Disisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa batas degupan jantungku
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu

Kan kuabadikan dikau
suatu kenangan yang manis
yang tak mungkin aku lupa
untuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu
dalam sanubariku ini
dapat jadi yang terindah
di dalam hidupku ini

chorus:
Disisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa batas degupan jantungku
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu

Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku

Korus
Disisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa batas degupan jantungku ini
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu

Aku coretkan kenanganmu
dalam sanubariku ini
agar jadi yang terindah
dalam hidupku ini

Friday, 19 August 2011

RaKan Baekk SeLamaNya...

aku ada seorang rkan yg sgat akrab dgn aku..Nama dia NURUL FATIN NADHIRAH. Dia seorang yg happy-go lucky and she really like to smile. Kami diibaratkn macm 2win, kmi mmg x bleh berpisah. Kalau aku atau dia yg x mai sk, mesti rasa kekosongan..



Ni lah, kwn karib saya...ramai org ckap muka kmi lebih kurang sama...Sama ke? itu lah soalan yg selalu kmi berdua fikirkn..oh ya 1 lagi lupa nk bg tau..Fatin ni sukekn seseorg rakan kami ttp apakan daya dia malu nk bg tau sbb bg dia sepatutnya laki la kena bg tau pompuan 2 klau laki 2 sukekn dia...dia ckap malu nk bg tau...is ok I pendam kn aje rasa suke I kt dia, itulah ayat yg selalu keluar dr mulutnye...Dia ni sbenarnya ramai peminat ttp maybe dia malu la nk trima mereka...lagipun PMR nk dekat kan...saya rasa x perlulah pikir pasal couple2 nih...ini lah saje yg dpat saya tlis harini...



Thursday, 18 August 2011

Malam yg sunyi

Malam ni terasa sunyi je...entah knapa tiba2 aku merindui seseorang...seseorang yg amat aku sayangi...seseorang yang amat aku kagumi...