Sunday 11 December 2011

Sinopsis Cinta Kura-Kura

Sinopsis Cinta Kura Kura -Filem Tiz Zaqyah dan Aeril Zafril
August 25th, 2011 nurizspace
9
Share
Sebuah filem baru terbitan KRU bertajuk Cinta Kura -- Kura membariskan lakonan pelakon Tiz Zaqyah dan Aeril Zafril ( anak Mazni dalam Ramadhan Terakhir). Filem ni bakal muncul di pawagam pada 2012. Bila tarikh tak pasti lagi, belum diumumkan tarikh tepat. Macam mana ye cerita Cinta Kura-kura ni. Pelakon baru Aeril Zafril nampaknya menjadi kepercayaan KRU untuk berlakon dalam filem n bersama Tiz yang dah memang semua kenal. Filem ni bercorak romantik komedi. Pengarah dan penulis skrip ialah Nizam Zakaria.

Para pelakon lain dalam filem Cinta Kura Kura ialah Zizan Raja Lawak, Farah Fauzana , Bob AF2, Fizz Fairuz, Munir, Harun Salim Bachik (pyhne Ballerz) dan Shy8 (usop Wilca).



Cinta Kura Kura
Sinopsis Cinta Kura Kura

Filem ni mengisahkan Nani seorang gadis ceria (lakonan Tizz), dia berusia 21 tahun, Nani ada seekor binatang peliharaan bernama Nico seeokr kura kura yang species nya terancam. Nico ni pulak ada kelebihan buleh bercakap dgn manusia..heheh!! pulak dah.. Nani ni baru pindah le umah abang dia dan berjiran le pulak dengan Adam (lakonan Aeril Zafril) .

Adam ni jatuh cinta le dengan Nani sejak kali pertama memandang..kes cinta pandang pertama le ni..malangnya Nico kura kura kesayangan Nani tak suka di Adam. Nico merancang mensabotaj hubungan Nani dan Adam dari menjadi rapat. Zizan raja lawak la jadi suara si Nico.

Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik.

Filem ni ada teknologi CGI dan animasi watak Nico yang jadi kura2 tu. Nico watak yang lucu dan melontarkan dialog yang bakal menggeletek hati penonton.



Tizz Zaqyah sbg Nani
Usop wilca dalam filem ni bagaimana le pulak watak dia ye, adakah Shy8 nak kena bawak watak lembut laki ke atau sama macam dalam filem Hantu kak limah? Shy8 jadi suara latar yang menceritakan kisah ni kpd penonton. Suara tetap mcm Usop Wilca dan dia jugak ada jadi watak kura kura (mungkin kura2 senior).



Aeril Zafrel
Nampaknya ada Zizan dan Farah Fauzana (kura kura betina), kedua dua memang Nuriz minat..memang lawak dan kecoh rasanya depa dua ni nanti

Tailer Cinta Kura Kura




No comments:

Post a Comment